PENDAFTARAN KE PRASEKOLAH SK BUIT HILL, PENAMPANG TAHUN 2019 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
· Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
· Kanak-kanak yang lahir pada tahun 2013 dan 2014.
· Pemilihan murid adalah berdasarkan merit.
KAEDAH PERMOHONAN
Secara dalam talian
· Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang E-prasekolah
· Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April 2018.
· Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak
borang permohonan tersebut. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-
dokumen berkaitan selewat-lewatnya pada 1 Mei 2018.
· Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang E-prasekolah
sebagai panduan.
Secara manual
· Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2018.
· Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di prasekolah.
· Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah di hantar ke
prasekolah semula.
Segala pertanyaan dan kemusykilan boleh diajukan ke talian No. Tel: 088-764369,No. Fax: 088-761063 Email Prasekolah: prasekolahskbuithill2017@gmail.com
No comments:
Post a Comment